Peruntuk 2,000 dos vaksin buat jemaah haji, negeri sedia tambah jika perlu

19 May 2023 • 2:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 MEI: Pentadbiran negeri sedia menambah lagi jumlah vaksin pneumokokal jika mendapat permintaan daripada bakal jemaah haji, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan sebanyak 2,000 dos disediakan, dengan lebih 1,300 digunakan setakat ini sempena kursus haji di Masjid Negeri, awal bulan ini.

“Mulanya kita sediakan 1,500 doa, namun disebabkan permintaan tinggi kita tambah lagi 500. Jemaah boleh dapatkan vaksin berkenaan di Klinik Selcare Universiti Selangor.

“Sekiranya mendapat permintaan lagi selepas ini, kita bersedia untuk menambah jumlah dos bagi memudahkan urusan bakal jemaah,” katanya ketika dihubungi.

Pada 6 Mei, beliau berkata pemberian vaksin kepada jemaah haji terutama warga emas bagi melindungi mereka daripada jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah.

Prapendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bermula 6 Mei atau hubungi talian 1-800-22-6600 untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved