Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.
Menerusi satu kenyataan, Anwar menuntut tindakan itu selepas Kerajaan bersetuju memberi peruntukan RM15 juta dalam usaha memperkasakan pasukan kebangsaan, termasuk skuad bawah 23 tahun kebangsaan.
PM tuntut FAM sedia pelan perancangan untuk skuad kebangsaan

Foto: Facebook Hannah Yeoh
Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan turut berkata peruntukan itu akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Beliau turut memaklumkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem sukan negara dan peruntukan yang disalurkan untuk Harimau Malaya ini tidak akan mengurangkan peruntukan yang disalurkan kepada sukan-sukan lain.
Sementara itu, KBS akan mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya penambahbaikan boleh dilakukan.
The post Peruntuk RM15 Juta Buat Harimau Malaya, PM Tuntut FAM Sedia Pelan Perancangan appeared first on Borak Daily.

