Peruntukan, bayaran pelakon di India lebih mahal – Irfan Zaini

EntertainmentMovie
30 Jul 2026 • 11:07 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peruntukan, bayaran pelakon di India lebih mahal – Irfan Zaini

PETALING JAYA: Pelakon, Irfan Zaini, 31, mendedahkan bayaran pelakon dalam industri perfileman India jauh lebih lumayan berbanding industri perfileman Malaysia.

Jelasnya, hal demikian didorong oleh peruntukan yang besar yang dilaburkan untuk menghasilkan sesebuah filem atau drama.

“Macam saya katakan, peruntukan menghasilkan filem di India jauh lebih besar, lebih kurang RM400 juta jika dibandingkan Malaysia.

“Jadi, tentu sekali bayaran pelakon lebih mahal kerana kita maklum betapa besar bayaran pelakon di sana,” ujarnya selepas pelancaran trailer filem Terbang, semalam

Irfan yang berpeluang muncul dalam filem Jana Nayagan disamping pelakon mega star India, Vijay memakumkan tidak mudah untuk menembusi pasaran India yang sedia sarat dengan kehadiran ramai pelakon.

“Seorang pelakon kerdil seperti saya amat susah untuk tembusi pasaran filem India, untuk mendapatkan satu babak sahaja amat payah.

“Bayangkan betapa bersyukurnya saya apabila diberikan watak dalam filem itu. Itu bukan pencapaian yang kecil,” kongsinya.

Dalam masa yang sama pelakon filem Terbang itu bersyukur kerana berpeluang berkongsi layar dengan idolanya itu dan berjanji akan memegang nasihat Vijay untuk menjadi pelakon berjaya satu masa nanti

“Pengalaman berlakon di India banyak mengajar saya. Apatah lagi berlakon dalam set penggambaran yang cukup besar.

“Tapi, set penggambaran filem Terbang ini tidak kurang hebat. Saya boleh katakan setaraf filem antarabangsa meskipun peruntukan lebih kecil berbanding di India.

“Ini membuktikan filem kita mampu bersaing dan sampai ke tahap international meskipun dengan budget kecil,” ujarnya.-UTUSAN

The post Peruntukan, bayaran pelakon di India lebih mahal – Irfan Zaini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved