Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah

Politics
4 Nov 2023 • 2:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ini susulan kenyataan Ahli Parlimen pembangkang semalam, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka dengan Fadillah.

“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata beliau telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan berhubung perkara itu. - 4 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved