
Peningkatan dua kali ganda peruntukan MA63 untuk negeri Borneo
Peruntukan Khas Interim Sabah Dan Sarawak Dinaikkan Kepada RM600 Juta Mulai 2025. Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk menaikkan bayaran interim sebanyak RM300 juta kepada Sabah dan Sarawak selepas berbincang dengan pemimpin-pemimpin dari negeri-negeri Borneo.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan bahawa peruntukan ini adalah selaras dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak akan menerima RM600 juta untuk setiap negeri bermula tahun 2025.
Fadillah turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri akan memasukkan peruntukan bayaran interim ini ke dalam Bajet 2025.
Bayaran interim ini dipersetujui sementara rundingan berterusan mengenai formula untuk memulangkan 40% bahagian hasil bersih yang terhutang kepada negeri Sabah.

