Peruntukan RM1 Juta Disediakan Bagi Pertubuhan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) Di Selangor

TechnologyDigital
10 Nov 2023 • 6:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) merupakan antara topik yang diperbentangkan menerusi Belanjawan Negeri Selangor 2024 pada hari ini. Teknologi itu dikhabarkan telah berkembang bukan sahaja dalam penggunaan teknologi permainan, malahan turut melepasi mana-mana sektor yang melibatkan Machine Vision bagi penganalisa melalui imej dan video.

image is not available

Hasil daripada itu, pusat kecerdasan buatan dikenali sebagai Selangor Centre for Artificial Intelligence (AI) bakal ditubuhkan di Selangor. Secara keseluruhan sebanyak RM1 juta bakal diperuntukkan untuknya yang turut melibatkan beberapa perkongsian bersama syarikat berteknologi tinggi.

Langkah ini diambil sebagai usaha memantapkan lagi tahap penguasaan teknologi tersebut dalam arena ekonomi negara. Dalam masa sama berupaya meningkatkan lagi kemasukan pelaburan ke dalam negeri Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved