Pesakit kanser payudara terima sumbangan daripada Perdana Menteri

LocalHealth & Fitness
16 Sep 2025 • 10:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya Datuk Ahmad Farhan Fauzi hari ini menghulurkan sumbangan dan bakul makanan kepada pesakit kanser payudara di Kuantan, Pahang.

Sumbangan kepada Noranita Abdul Raof disampaikan Ahmad Farhan di kediaman wanita itu di Taman Dato’ Rashid.

“Sewaktu kaki melangkah masuk, air muka Puan Noranita terus menyentuh hati saya. Di sebalik senyuman yang cuba disembunyikan, tersimpan kisah perjuangan seorang ibu yang kini berjuang melawan kanser payudara,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri hari ini.

Beliau turut mendoakan agar Noranita terus kuat, diberikan kesembuhan dan rawatan yang dijalani dipermudah Allah SWT.

- BERNAMA