Pesanan Tun Abdul Razak tentang rasuah ancam negara masih relevan – Anwar

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 12:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesanan Tun Abdul Razak tentang rasuah ancam negara masih relevan – Anwar

KUALA LUMPUR – Ancaman rasuah dikenal pasti antara tiga cabaran utama negara oleh Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sekitar era 1970-an dan ia masih relevan sehingga kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga ancaman dikenali sebagai ‘3C’ itu merangkumi komunisme (communism), ideologi atau pegangan politik (communalism) dan korupsi atau rasuah (corruption).

Menurut beliau, meskipun ancaman komunisme bersenjata seperti dihadapi negara ketika itu sudah tidak lagi berlaku, namun ancaman berkaitan fahaman asing, sentimen perkauman dan rasuah masih perlu diberikan perhatian.

“Yang ketiga, bayangkan tahun 70-an, Tun Abdul Razak menyebut ancaman ketiga yang bahaya bagi negara (ialah) corruption (korupsi). Itu ‘3C’,” katanya ketika berucap pada Program Mengenai Negarawan Tun Abdul Razak ‘Arkitek Pembangunan Negara Bangsa’ di sini, hari ini.

Anwar berkata, Tun Abdul Razak ketika itu turut mengingatkan golongan muda agar tidak menganggap rasuah sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan mereka.

Katanya, Bapa Pembangunan itu memahami anak muda pada ketika itu lantang menentang rasuah kerana mereka belum berdepan dengan kedudukan atau kuasa yang membuka ruang kepada amalan tersebut.

“Kamu semua sekarang anak muda menentang rasuah. Menolak dengan keras sebab tak ada orang nak rasuah kamu, tapi sebaik jadi nanti (ada jawatan), masa itu dah mula kendur (goyah),” katanya ketika mengimbau semula pesanan Allahyarham.

Anwar berkata, pesanan tersebut kemudiannya dibawa beberapa penceramah ke universiti-universiti dalam usaha memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai bahaya perbuatan rasuah.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai antara pesanan Allahyarham yang mampu merentasi zaman dan kekal mempunyai kaitan dengan cabaran negara pada masa kini.

“Communalism (komunisme) masih tebal. Dan corruption masih menjadi salah satu masalah besar,” tegasnya.

Beliau menambah, generasi muda khususnya perlu memahami perjuangan membina negara bukan sekadar mengenai pencapaian sejarah, sebaliknya memerlukan penghayatan gagasan serta penerimaan terhadap pesanan tokoh terdahulu. – KOSMO! ONLINE

The post Pesanan Tun Abdul Razak tentang rasuah ancam negara masih relevan – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved