
BEAUFORT: Seorang pesara kerajaan cedera selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas akibat terlanggar kabel elektrik yang berjuntai di tengah jalan raya, di Jalan Kampung Lumatai menuju ke Pekan Beaufort, Rabu lalu.
Junnayah Sadim, 63, berkata, dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, dia sedang menunggang motosikalnya pergi ke pekan Beaufort untuk urusan bank, namun apabila tiba di laluan berdekatan bulatan Petronas Kampung Lumatai, terdapat kabel elektrik terjuntai ke bawah dan melintang di tengah jalan raya.
“Saya tidak sempat mengelak, motosikal saya hilang kawalan lalu terbabas dan saya terhumban ke tengah jalan raya.
