Pesara Guru Putih Mata,Rugi RM225 Ribu Selepas Ditipu ‘Lee Min Ho’

13 Dec 2023 • 9:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pesara guru berputih mata dan mengalami kerugian sebanyak RM225,000 selepas ditipu sindiket ‘love scam’ yang menyamar sebagai artis K-Pop iaitu Lee Min Ho.

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa berusia 74 tahun itu mengenali suspek yang menggunakan identiti bintang Korea Selatan terkemuka pada tahun lalu menerusi Facebook.

image is not available

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sepanjang mangsa mengenali suspek, mereka hanya berhubung melalui ‘messenger’ di dalam aplikasi media sosial tersebut.

Mohd. Adli berkata, pada Oktober lalu, suspek mula meminta mangsa wang kepadanya dengan alasan dia mempunyai kes perbicaraan di mahkamah.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia memerlukan jumlah wang yang banyak untuk lepas daripada kes tersebut,” katanya.

image is not available

Ujar Mohd. Adli, mangsa bersimpati dengan nasib artis kesukaannya lalu membuat enam pemindahan wang sebanyak RM225,000 ke dalam satu akaun dalam tempoh dua bulan sehingga ke bulan ini.

Mangsa mula menyedari dirinya sudah ditipu selepas membuat pemindahan wang tersebut kepada ‘Lee Min Ho’.

Dia kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Kelantan, kelmarin.

Setakat ini, pihak polis sedang mengesan sindiket yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Kosmo! Online ( Siti A’Isyah Sukaimi)