Pesara KKM menang RM1 juta BSN SSP

LocalPersonal Finance
30 Sep 2026 • 3:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesara KKM menang RM1 juta BSN SSP

ALOR SETAR: Pemenang utama Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) Ke-127 mahu menggunakan wang kemenangannya itu bagi membina baharu bangunan tempat pengajian agama.

Pesara kerajaan, Arbaai Mat Ali, 66, berkata, tanah yang menempatkan premis pengajian agama di Kampung Alor Senibong, Langgar di sini itu telah dibeli bersama arwah suaminya pada harga RM180,000 dengan bangunan usang itu dijadikan tempat kanak-kanak mengaji al-Quran.

“Pada awalnya hanya lima kanak-kanak yang bersekolah rendah mengaji di situ setiap hari dan kini sudah terdapat 20 murid berserta dua ustazah yang mengajar mereka.

“Saya memang bercadang untuk membaiki bangunan itu sebelum ini bergantung kepada kemampuan kewangan tetapi dengan kemenangan RM1 juta ini saya tukar fikiran untuk robohkan dan bina semula agar mereka lebih selesa,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bekas Pembantu Perawatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan (KKM) yang dahulunya bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) itu merupakan pemenang ke-127 Cabutan Jutawan BSN SSP bagi bulan Ogos.

Menurut Arbaai, dia mula menyimpan dalam BSN SSP sejak 2006 dengan permulaan RM50 hasil kemenangan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ketika bertugas dahulu.

“Selepas itu saya mula menambah simpanan bergantung kepada lebihan wang yang ada termasuk pernah juga mencecah ribuan ringgit untuk sekali penyimpanan.

“Bila dimaklumkan saya menang RM1 juta kali ini memang saya tak percaya pada awalnya apatah lagi dengan banyak kes penipuan melalui telefon sehinggalah saya hadir sendiri ke  BSN,” ujarnya.

Sementara itu, pesara jururawat, Hariza Tajuddin, 56, berkata, kemenangan hadiah sebuah kereta Perodua Myvi bagi kategori cabutan negeri dianggap hadiah paling bermakna selepas kereta Honda City miliknya musnah sepenuhnya akibat kemalangan Jun lalu.

“Kereta itu dipandu anak yang terlibat kemalangan di Subang, syukur dia tidak mengalami kecederaan serius walaupun kereta tidak boleh digunakan lagi dan dengan kemenangan ini saya amat bersyukur.

“Saya juga mula menyimpan menerusi hadiah APC yang memang diterima dalam bentuk SSP pada 2005 dan sekali lagi menang 10 tahun kemudian selain simpanan menggunakan wang sendiri,” katanya. – UTUSAN

The post Pesara KKM menang RM1 juta BSN SSP appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved