Pesara LAP mengaku terima rasuah RM6,000

28 Feb 2024 • 10:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Zulhairi didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu.

IPOH - Seorang pesara Lembaga Air Perak (LAP) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu kerana menerima rasuah sebanyak RM6,000.

Tertuduh, Mohd Zulhairi Mohd Zailani, 61, membuat pengakuan tersebut selepas faham pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas sebagai Penolong Jurutera Kanan LAP di Pusat Operasi LAP Wilayah Barat, Taiping menerima wang tunai berjumlah RM6,000 daripada Mohamed Maslan Sheikh Mohamed Noor dari November 2011 hingga Februari 2018.

Perbuatan itu dilakukan dengan suatu balasan sebagai upah bagi memperakukan tuntutan bayaran kerja Syarikat Mohamed Maslan Sheikh Mohamed Noor untuk kerja-kerja menyelenggara dan membaiki paip air di LAP Wilayah Barat meliputi kawasan Larut, Matang dan Taiping.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Hakim Datuk Ibrahim Osman kemudian menjatuhi hukuman denda RM10,000 dan penjara sebulan jika gagal melunaskan denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor bersama Pegawai Pendakwa, Sharul Azuan Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved