Pesara Polis Cetus Kontroversi, Bina Tugu Bentuk Zakar Di Tengah Kampung – “Tanpa Ia, Tiada Kehidupan Di Dunia Ini”

27 Sep 2023 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pesara polis mendapat perhatian ramai dan mencetuskan kontroversi selepas dia membina tugu pelik di kampungnya.

Menurut laporan, Thoop Lamoonmorn telah membina tugu berbentuk zakar setinggi 3.5 meter dan turut menghasilkan tiga struktur konkrit bentuk yang sama dalam saiz 1.5 meter, di kelilingnya.

image is not available

image is not available

Kata lelaki berusia 86 tahun itu, tugu berkenaan sebenarnya telah dibina kira-kira lima tahun lalu namun baru-baru ini dia diberi ‘nafas baru’ dan dicat warna putih.

Kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Thailand dan menurut Thoop zakar yang merupakan organ reproduktif adalah satu simbolik kehidupan manusia.

Zakar ini melambangkan bapa. Tanpa zakar, tanpa bapa, manusia dan semua jenis kehidupan lain tidak akan wujud di dunia ini.

Thoop turut berdoa sambil memegang tugu zakar itu dan berharap binaan itu akan membawa tuah buatnya suatu hari nanti untuk menjual tanahnya yang terletak di kampung berkenaan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 months ago

(VIDEO) Kek 'Bridal Shower' Bentuk Kemaluan Lelaki, Wanita Berhijab Ini Dikecam Ramai - "Takyah La Nak Ikut Mat Saleh Sangat"

View Original Article