
Pesawah Terima Bantuan IPKP, Disalur Mulai Hari Ini
Kerajaan akan mula menyalurkan bantuan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM300 sehektar kepada pesawah di Semenanjung bermula hari ini bagi meringankan beban golongan pesawah.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam Taklimat Krisis Tenaga Global di Putrajaya pada hari ini.
Pesawah Terima Bantuan IPKP
Menurut beliau, pendekatan ini penting memandangkan kenaikan kos bahan api dan kos operasi pertanian boleh memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan.
Tambah Akmal, program ini juga diperluas ke kawasan desa dan kampung terpilih agar rakyat dapat mendapat akses terhadap barangan keperluan asas pada harga 5 hingga 30 peratus (jualan rahmah).
"Kerajaan juga memperluaskan lagi 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa," katanya lagi.





