Pesawat ATM Terbang Rendah Di Pahang, Orang Ramai Diminta Jangan Cemas

19 Sep 2022 • 6:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa pesawat aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menjalankan penerbangan pada altitud rendah di ruang udara Pahang dan orang ramai diminta untuk tidak cemas.

Sebelum ini, negara kita telah dimaklumkan mengenai latihan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65. Kini, terdapat satu pengumuman mengenai penerbangan kelengkapan ketenteraan pada altitud rendah sebagai persiapan untuk menyambut Hari Angkatan Tentera Ke-89.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pihak TUDM dipertanggungjawabkan sebagai penganjur acara perbarisan untuk sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-89 yang bakal disambut pada 26 September ini.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

“Sempena sambutan ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan latihan demonstrasi keupayaan yang akan melibatkan beberapa aset-aset udara dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Aset-aset udara dari ATM akan melaksanakan latihan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal bermula 21 hingga 26 September 2022, yang mana akan melibatkan beberapa kawasan sekitar Pangkalan Udara Kuantan dan ruang udara Pahang.

“Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan ATM terbang rendah atau mendengar bunyi letupan semasa latihan dan hari sebenar demonstrasi keupayaan ini dilaksanakan,” maklum kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, penampakan aset-aset udara ATM terbang pada altitud rendah seperti ini juga pernah dilihat sewaktu latihan Hari Kemerdekaan ke-65 pada Ogos lalu.

image is not available
Kredit: TUDM via Facebook

Sumber: TUDM via Facebook