Pesawat ATR 42-500 Milik Indonesia Air Transport Dilapor Terputus Hubungan Di Udara

17 Jan 2026 • 6:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah pesawat jenis ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport dilaporkan terputus hubungan komunikasi ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar pada Sabtu, ketika berada di ruang udara Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan.

Pesawat milik Indonesia Air Transport

Pesawat berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Makassar, namun dilaporkan terputus hubungan sekitar jam 1.17 tengah hari waktu tempatan (WITA).

image is not available

Pesawat milik Indonesia Air Transport itu berlpeas dari Yogyakarta ke Makassar

Ketua Bidang Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Makassar, Andi Sultan berkata, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan sebaik pihaknya menerima koordinat terakhir pesawat daripada AirNav Indonesia.

“Kami telah menuju ke lokasi berdasarkan titik koordinat yang diterima, di sekitar kawasan Leang-Leang, Kabupaten Maros,” katanya.

image is not available

Menurut beliau, sekurang-kurangnya tiga pasukan SAR melibatkan kira-kira 25 anggota telah dikerahkan ke kawasan berkenaan bagi menjalankan operasi pengesanan. Difahamkan, pesawat itu membawa 11 individu terdiri daripada lapan kru dan tiga penumpang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maros, AKBP Douglas Mahendrajaya mengesahkan pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Ia masih dalam proses pengesahan,” katanya ringkas.

image is not available

Artikel lain: Dua Pesawat Tentera Laut AS Dilapor Terhempas Di Laut China Selatan

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan maklumat lanjut berhubung punca kehilangan hubungan pesawat berkenaan, manakala operasi SAR masih diteruskan.

Sumber: CNN Indonesia

The post Pesawat ATR 42-500 Milik Indonesia Air Transport Dilapor Terputus Hubungan Di Udara appeared first on Borak Daily.

View Original Article