
Pada 2 September 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah pesawat Boeing 727 milik Korea Selatan membawa seramai 269 orang penumpang dilaporkan hilang dari radar. Ia telah ditembak jatuh oleh jet pejuang Soviet jenis MIG-23 dengan menggunakan peluru berpandu dan kesemua penumpangnya terbunuh.
Menteri Penerangan Korea Selatan, Lee Jin-Hie mengesahkan bahawa, ia ditembak oleh sebuah negara, namun tidak menyebut negara berkenaan. Pesawat disahkan terhempas di perairan Soviet berdekatan Kepulauan Sakhalin.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 2 September 1980 – Institut Kemahiran MARA Johor Bahru merupakan IKM tunggal di Malaysia yang mempunyai kursus kimpalan laut, teknologi perkapalan dan penyaduran logam.
- 2 September 1983 – Seorang rakyat Malaysia, Mak Foon Than, 32 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kowloon Selatan atas tuduhan membunuh pegawai Bank Bumiputera, Jalil Ibrahim.
- 2 September 1984 – Seorang kanak-kanak lelaki, Wong Ngun Phlew, 3 tahun hanya cedera di muka setelah terjatuh dari bangunan dua tingkat di Genting Highlands, Pahang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my
The post Pesawat Boeing 727 Korea Selatan ditembak jatuh appeared first on Utusan Malaysia.

