Pesawat elektrik China lengkapkan penerbangan pertama

WorldTechnology
15 Nov 2026 • 9:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesawat elektrik China lengkapkan penerbangan pertama

BEIJING: Pesawat komersial elektrik yang dibangunkan sendiri oleh China berjaya melengkapkan penerbangan pertamanya menggunakan sistem penerbangan pintar di Wilayah Shandong, timur China, kelmarin, lapor saluran berita Global Times.

Agensi Berita Xinhua yang memetik kenyataan Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) melaporkan, pesawat  CE-25A itu membawa dua juruterbang dan seorang jurutera ujian penerbangan sepanjang sesi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pesawat berkenaan beroperasi secara normal dengan semua penunjuk teknikal memenuhi jangkaan yang ditetapkan.

Pencapaian terbaharu itu menyusuli kejayaan penerbangan pintar tanpa pemandu pertamanya pada 2 Februari lalu, sekali gus menandakan kemajuan penting dalam fasa pembangunan pesawat tersebut.

CE-25A merupakan pesawat komersial elektrik pertama keluaran COMAC yang direka khusus untuk laluan penerbangan antara bandar.

Pesawat yang dibangunkan secara bersama oleh COMAC, Akademi Teknologi Kenderaan Pelancar China (CATL) dan Universiti Jiao Tong Shanghai itu telah pun melepasi 19 ujian penerbangan autonomi tanpa pemandu sebelum ini.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dilaporkan menerima permohonan pensijilan jenis bagi membolehkan pesawat tersebut beroperasi secara komersial kelak. – AGENSI

The post Pesawat elektrik China lengkapkan penerbangan pertama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved