Pesawat Kargo Boeing 737 Hilang Di Laut Arab, Dilapor Menjunam 35,000 Kaki Dalam Masa 2 Saat

8 Jul 2026 • 2:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pakistan melancarkan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran selepas sebuah pesawat kargo Boeing 737 dilaporkan hilang di perairan Karachi pada malam Selasa.

Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA), pesawat milik K2 Airways yang membawa lima anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu menuju ke Karachi sebelum terputus hubungan dengan pengawal trafik udara.

Advertisement

Pesawat tersebut dilaporkan hilang pada kedudukan kira-kira 155 batu nautika (287 kilometer) di barat Karachi.

Sebelum terputus hubungan, juruterbang dilaporkan memaklumkan berlaku masalah pada sistem navigasi sekitar jam 9.18 malam waktu tempatan.

Pengawal trafik udara kemudian segera memberikan bantuan dan panduan kepada pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, hanya tiga minit kemudian, pesawat itu dikesan menjunam dengan pantas sebelum hilang sepenuhnya daripada radar di kawasan Laut Arab.

kargo

Susulan kejadian itu, PAA mengesahkan operasi mencari dan menyelamat di laut telah digerakkan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengesan lokasi pesawat yang hilang.

Media tempatan melaporkan operasi tersebut turut melibatkan frigat Tentera Laut Pakistan, PNS Zulfiqar, pesawat Saab milik Tentera Udara Pakistan serta beberapa aset maritim dan udara lain.

Selain itu, kapal dagang Lahore milik Pakistan National Shipping Corporation turut digerakkan bagi membantu usaha pencarian.

Setakat ini, nasib lima anak kapal serta lokasi sebenar pesawat masih belum diketahui. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pesawat Kargo Boeing 737 Hilang Di Laut Arab, Dilapor Menjunam 35,000 Kaki Dalam Masa 2 Saat2026-07-08 11:39:05

Sultan Selangor Tidak Perkenan Solat Jumaat Di Surau Pusat Beli-Belah

The post Pesawat Kargo Boeing 737 Hilang Di Laut Arab, Dilapor Menjunam 35,000 Kaki Dalam Masa 2 Saat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved