Pesawat Latihan Lakukan Pendaratan Paksa

14 Feb 2023 • 3:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pesawat dikendalikan Malaysian Flying Academy (MFA) itu membuat pendaratan paksa di Kilang Xinyi Energy Smart, Jasin pada jam 11.05 pagi tadi - Gambar IPD Jasin

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat latihan melakukan pendaratan paksa di Jasin, Melaka hari ini berikutan masalah teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat jenis Piper PA-28-181, 9MSKJ itu, memohon kebenaran daripada menara kawalan trafik udara untuk membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

“Bagaimanapun pesawat dikendalikan Malaysian Flying Academy (MFA) itu membuat pendaratan paksa di Kilang Xinyi Energy Smart, Jasin pada jam 11.05 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan.

Norazman berkata, penerbangan tersebut dinaiki seorang juruterbang dan seorang pelajar yang dilaporkan selamat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. - Getaran, 14 Februari 2023