Pesawat lebih RM818 juta padam kebakaran hutan

WorldEnvironment
27 Jul 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesawat lebih RM818 juta padam kebakaran hutan

PARIS: Pesawat tentera A400M, yang dilengkapi kit pelepasan air yang mampu ‘menyimbah’ 20 tan air atau bahan kalis api, terbang di atas kebakaran hutan di Lacanau, barat daya negara tersebut dan meninggalkan jejak semburan berwarna jingga terang.

Harga sebuah pesawat buatan Airbus itu ialah antara AS$200 juta (RM818 juta)  hingga AS$220 juta (RM900 juta).

Menurut kerajaan Perancis, keupayaan pesawat itu adalah bersamaan tiga pesawat Canadair dari segi jumlah air yang boleh dibawa.

Sebelum ini, penugasan pesawat itu dijadualkan bermula pada penghujung bulan ini selepas selesai kerja-kerja persiapan dan ujian.

Namun, Perdana Menteri, Sebastien Lecornu mengarahkan pesawat itu digunakan serta-merta pada Sabtu berikutan kebakaran besar yang semakin serius di barat daya Perancis.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan negara itu  telah menandata­ngani perjanjian bersama de­ngan Airbus bagi menyediakan, secara percubaan, sebuah pesawat A400M yang dilengkapi kit pemadaman kebakaran dari udara untuk membantu negara itu memadamkan kebakaran hutan.

Pegawai tertinggi wilayah Gironde, Sophie Brocas berkata, ancaman daripada kebakaran hutan besar yang sedang me­landa jabatan itu adalah sangat serius.

Ketua perkhidmatan bomba Gironde, Marc Vermeulen berkata, jika keadaan cuaca te­rus menggalakkan, waktu malam dijangka sesuai untuk operasi pemadaman kebakaran.

Kira-kira 57,000 penduduk dipindahkan dari kampung-kampung berhampiran bandar Bordeaux pada Jumaat selepas kebakaran hutan yang marak menjadi begitu dahsyat.

Ia  mencetuskan ribut api, iaitu fenomena cuaca yang jarang berlaku. Menurut Vermeulen, ia belum pernah direkodkan sebelum ini di Perancis. –AGENSI/AFP

 

The post Pesawat lebih RM818 juta padam kebakaran hutan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved