Pesawat Pertama Daripada 20 Unit Airbus A330Neo Diserah Kepada Malaysia Airlines

29 Nov 2024 • 9:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Pertama Daripada 20 Unit Airbus A330Neo Diserah Kepada Malaysia Airlines

AMSTERDAM, 29 Nov (Bernama-dpa) — Syarikat pajakan pesawat Avolon yang beribu pejabat di Dublin, mengumumkan pada Jumaat penyerahan pesawat pertama daripada 20 pesawat Airbus A330neo yang akan dipajak kepada Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines.

Pesawat itu dihantar ke Pusat Penghantaran Airbus di Toulouse, jelas syarikat itu, sambil menambah baki pesawat akan dihantar menjelang 2028, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Urus niaga itu pertama kali diumumkan pada Ogos 2022, yang terdiri daripada penempatan 10 pesawat A330neo daripada senarai pesanan Avolon dan 10 pesawat A330neo yang akan diperoleh oleh MAG melalui penjualan dan pajakan balik.

Enjin Trent 7000 Rolls-Royce menggerakkan A330neo dan memberikan kebolehpercayaan yang menerajui pasaran.