Pesawat Ringan Diamond DA-42 Mendarat Cemas Di Lapangan Terbang Subang Pagi Tadi

26 Apr 2024 • 11:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Ringan Diamond DA-42 Mendarat Cemas Di Lapangan Terbang Subang Pagi Tadi

Sebuah pesawat ringan Diamond DA-42 yang dikendalikan oleh Techstrait Ltd. dilapor melakukan pendaratan kecemasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pagi tadi.

Kejadian yang melibatkan pesawat dikendalikan Techstrait Ltd. itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman X rasmi (@CAA_Malaysia).

 

Difahamkan, pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 8.26 pagi.

Bagaimanapun, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

Pesawat kemudiannya membuat pendaratan kecemasan pada pukul 8.28 pagi. Dua juruterbang di dalam pesawat dilaporkan selamat.

Susulan itu, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup sementara dari operasi penerbangan sehingga pesawat tersebut dialihkan dari landasan.

Menurut CAAM, siasatan lanjut berhubung kejadian akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: CAAM via X