Pesawat Tentera Udara Filipina terhempas, dua maut

25 Jan 2023 • 4:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MANILA: Jurucakap tentera berkata sebuah pesawat Tentera Udara Filipina (PAF) terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan pada Rabu.

Jurucakap PAF Ma. Consuelo Castillo dalam satu kenyataan berkata pesawat SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila, lapor Xinhua.

Castillo berkata pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite sekitar 9.59 pagi waktu tempatan.

“Kami kehilangan jejak pesawat lebih 30 minit selepas penerbangan berlepas,“ katanya.

Radio tempatan DZBB berkata serpihan pesawat itu ditemui di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu.

Pada petang Selasa, sebuah pesawat peribadi enam tempat duduk hilang di wilayah Isabela, utara Manila. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari pesawat Cessna itu, juruterbang dan lima penumpangnya. -Bernama