
Sebuah pesawat Boeing 737-8V3 Copa Airlines dilaporkan terbabas dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen (PTY) di Panama hari ini, lapor Simple Flying.
Menerusi kenyataan Copa Airlines memetik Simple Flying, penerbangan CM135 antara Mexico City ke Panama City berakhir dalam kemalangan apabila ia lari dari landasan semasa mendarat di PYT.
“Kami mendapat pengesahan bahawa tiada kecederaan berlaku dari insiden ini. Keutamaan kami ialah kesejahteraan penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan dan kami akan memberi bantuan yang mereka perlukan.
“Kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengumpul semua maklumat yang diperlukan untuk menyiasat kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan itu.
Pesawat itu dilaporkan membawa seramai 159 penumpang dan tujuh anak kapal di dalam penerbangan itu.

Menurut Flightradar24.com, penerbangan Copa Airlines CM135 dikatakan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa MExico City (MEX) pada 5.41 petang Ahad dan mendarat di PTY pada 9.13 malam.
Laporan La Prensa seperti yang dilapor dalam video tersebut mengatakan kejadian kemalangan itu berlaku semasa cuaca hujan lebat turun disertai dengan tiupan angin yang kuat.
Sehubungan itu, lapangan terbang berkenaan ditutup dan protokol kecemasan diaktifkan serta operasi digantung buat sementara waktu.
Aconteceu alguma coisa lá no Panamá. Parece que um 737 saiu da pista, não sei se no pouso ou na decolagem. Recebi de um amigo, todos os voos da noite estão cancelados. Aguardando mais informações. pic.twitter.com/seakUJPY52
— Lito Sousa (@avioesemusicas) September 26, 2022
Sumber: Simple Flying
The post Pesawat Terbabas Dari Landasan, Dipercayai Kerana Hujan Lebat appeared first on Siakap Keli.
