Pesawat terhempas dekat Canberra

6 Oct 2023 • 5:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SYDNEY: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di negeri New South Wales (NSW) Australia pada Jumaat, manakala jumlah penumpang yang berada di dalamnya masih belum diketahui, lapor Xinhua.

Polis NSW mengesahkan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perkhidmatan kecemasan kini berada di lokasi pesawat terhempas di Gundaroo, sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 35 km utara Canberra.

Api telah dipadamkan oleh Perkhidmatan Bomba Luar Bandar dan polis telah dikerah ke tempat kejadian.

Pegawai sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, termasuk mengesahkan bilangan penumpang yang berada di dalam pesawat ketika itu. -Bernama