Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang Kathmandu, 22 Terkorban

24 Jul 2024 • 4:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang Kathmandu, 22 Terkorban

KATHMANDU, 24 Julai (Bernama) — Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey memberitahu Xinhua bahawa seorang mangsa terselamat dan telah dimasukkan ke hospital.

Lapangan terbang berkenaan ditutup buat sementara waktu akibat insiden itu.

Pesawat Saurya Airlines dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Pokhara, dengan 17 daripadanya adalah kru, kata Pandey.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat itu terhempas semasa berlepas di TIA, Kathmandu.

Operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved