Pesawat terhempas di Nepal: Dua kotak hitam, satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas

17 Jan 2023 • 8:03 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KATHMANDU: Dua kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dan satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pada Isnin, menjadikan angka kematian terkini kepada 69 orang, lapor Xinhua.

“Satu lagi mayat mangsa ditemukan sekitar jam 15:00 waktu tempatan di Sungai Seti,“ kata penolong ketua pegawai daerah Kaski, Guru Datta Dhakal

Pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara sebelum terhempas di gaung Sungai Seti pada Ahad.

“Pencarian tiga lagi mangsa kini diteruskan,“ kata Dhakal kepada Xinhua.

Setakat ini, 26 mayat telah berjaya dikenal pasti.

Perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat ditemui beberapa jam lebih awal.

Sebuah jawatankuasa kerajaan dilaporkan telah memulakan siasatan berhubung kemalangan itu. -Bernama