Pesawat terhempas: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin

19 Aug 2023 • 8:03 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Grab Malaysia telah menghubungi keluarga Sharipuddin Shaari yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, untuk memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.

Grab Malaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

Ia termasuk bayaran daripada dana Grab Partner Zakat serta sumbangan Grab Malaysia dan komuniti rakan penghantar, menurut kenyataan itu.

“Keluarga Grab mengucapkan takziah kepada keluarga, waris dan rakan-rakan Sharipuddin yang merupakan seorang rakan penghantar berdedikasi. Sharipuddin merupakan individu yang rajin dan kami seluruh komuniti rakan penghantar berduka cita kerana insiden itu berlaku ketika Allahyarham sedang bekerja keras mencari rezeki halal.

“Kami dapat merasakan kesedihan yang dilalui semua ketika ini. Kami memanjatkan doa buat keluarga Allahyarham dan keluarga mangsa lain yang terbabit dalam nahas tragis di Elmina,” menurut kenyataan itu.

Sharipuddin, 53, merupakan seorang daripada 10 terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor petang kelmarin.

Tragedi itu turut mengorbankan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved