Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan

27 Dec 2024 • 11:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.

Ucapan itu disampaikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, mewakili kerajaan Malaysia ketika hadir ke Pejabat Kedutaan Azerbaijan, di sini.

Mohamad menerusi catatan di Facebook berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Azerbaijan serta keluarga mangsa terlibat.

"Kerajaan Malaysia mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.

"Malaysia mengulangi komitmen untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan dengan Azerbaijan, dalam menghadapi cabaran bersama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pesawat Azerbaijan Airlines pada Rabu yang dalam perjalanan dari Baku ke bandar Grozny di Republik Chechen, Rusia, terhempas berhampiran Aktau, yang terletak di pantai Laut Caspian, dengan membawa 67 orang penumpang.

Pegawai Kazakhstan melaporkan seramai 38 orang terkorban dalam nahas itu manakala 29 terselamat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved