Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Di Airport Subang, 4 Anak Kapal Selamat [Video]

16 Oct 2023 • 4:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Hari ini (16 Oktober), tular di media sosial rakaman sebuah pesawat ringan dipercayai milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok @mrturboprop, pesawat ringan itu dipercayai mempunyai masalah ‘landing gear’.

“Pendaratan cemas di SZB oleh juruterbang tentera udara, satu gear pendaratan tak boleh turun,” katanya.

Juruterbang dipuji, mendarat dengan baik

Pemilik akaun terbabit yang juga seorang juruterbang pesawat komersial menyatakan bahawa pendaratan tersebut adalah yang terbaik meskipun berdepan masalah kehilangan gear pendaratan.

Dalam video berkenaan, kelihatan pesawat ringan itu mendarat dengan sebelah sayapnya berada di atas landasan sebelum melencong ke arah rumbut di bahagian tepi.

Tiada kebakaran yang berlaku selepas mendarat

Pun begitu, tiada sebarang kebakaran yang berlaku sebaik sahaja pesawat itu selamat berhenti.

Turut kedengaran bunyi penggera kecemasan semasa pesawat ringat terbabit sedang melakukan pendaratan.

Pesawat Jenis Beechcraft B200T mendarat pada jam sekitar 1 petang

Dalam pada itu, TUDM sebentar tadi menerusi satu kenyataan media hari ini telah mengesahkan tentang pendaratan cemas membabitkan sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T pada jam sekitar 1 petang.

image is not available
Foto: TUDM

“Pesawat dari No.16 Skuadron membawa empat orang anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi.”

Menurut TUDM lagi, semua anak kapal terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

TUDM juga memaklumkan akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

@mrturboprop

16 Oct – Emergency landing di SZB oleh pilots air force, one landing gear xboleh turun! ‘Any landing you can walk away from is a good landing’ Salute kpd the pilots 🫡 #subangskypark #pilot #airforce #emergency #landing #newsmalaysia #trendingmalaysia

♬ original sound – MrTurboProp – MrTurboProp

Source: