Pesawat Turkish Airlines patah balik ke Uganda akibat burung

10 Jan 2023 • 9:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KAMPALA: Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dijadual berlepas ke Istanbul, Türkiye terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe Uganda pada pagi Selasa selepas ia terlanggar kawanan burung ketika berlepas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda (UCAA) iaitu pengawal selia pengangkutan udara negara itu memaklumkan penerbangan TK606 berlegar di ruang udara Uganda selama lebih sejam, lapor Xinhua.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat itu berlegar di ruang udara Uganda sebelum mendarat dengan selamat di Entebbe pada 08.52 pagi (waktu tempatan).

“Pesawat itu kemudian menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum meneruskan penerbangan,“ menurut badan penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved