Peserta Berbakat Dikata Bingit, Netizen Tak Setuju Dengan Kelly Azman – “Kalau Jantan Helok Laju Je Tekan”

Music
13 Dec 2022 • 12:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pengibur Kelly Azman menjadi tumpuan orang ramai selepas kembali menjadi juri dalam program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2).

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, seorang peserta dikenali sebagai Nadeera Zaini telah menyanyikan lagu Cinta oleh Marsha Milan dan berjaya memikat hampir kesemua juri.

Bagaimanapun, Kelly dan Ifa Raziah dilihat hanya duduk di bangku masing-masing kerana tidak berpuas hati dengan nyanyian merdu peserta berkenaan.

Berbeza pula dengan reaksi juri lain yang rata-ratanya memuji bakat Nadeera, malah penyanyi asal lagu tersebut iaitu Marsha dilihat memberi ‘standing ovation’.

Lagu ni kalau orang salah nyanyi, dia salah. Tapi yang ni tak salah.

Malah, Pak Nil turut sempat berseloroh meminta Kelly dan Ifa untuk berjumpa dengan doktor telinga.

Saya rasa yang hujung sekali takpayah pergi jumpa doktor mata, jumpa doktor telinga.

Tampil memberi penjelasan, Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata Nadeera terlalu mengikut nyanyian penyanyi asal sehingga menjadi bingit.

Dia nyanyi sebijik dengan penyanyi asal. Bila dia menjerit-jerit, bingit.. bingit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Kelly dan mempersoalkan kredibilitinya menjadi seorang juri di ATNM2.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

“Timun Potong Tak Sama” - Sheila Rusly Kongsi Berita Gembira Tunai Umrah Lagi, Netizen Komen Perli Pula?