
Kota Kinabalu: Semua peserta Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menamatkan program latihan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan negeri sejak dua tahun lalu berjaya mendapat pekerjaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi program itu, peserta yang terdiri daripada graduan universiti dan lepasan sekolah mendapat pendedahan alam pekerjaan dan latihan serta pengalaman, sebelum memilih kerjaya tetap masing-masing.
Katanya, beliau berpuas hati terhadap pelaksanaan dan pencapaian program itu sejak diperkenalkan menerusi Felo SMJ 1.0 dan 2.0 sebelum ini serta diteruskan lagi menerusi siri 3.0 pada tahun ini.
“Hari ini kita menyampaikan watikah kepada graduan yang mendapat keputusan cemerlang dari universiti untuk menyertai apa yang kita panggil Felo SMJ.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Menerusi program ini, kita bagi latihan dan pengalaman di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan sebelum mereka bekerja tetap di jabatan kerajaan ataupun swasta.
“Tujuannya ialah untuk kita memilih anak-anak kita yang cemerlang dalam pendidikan, kita latih jadi pemimpin akan datang dengan dedahkan mereka di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.
“Daripada semua Felo SMJ 1.0 dan 2.0, semua sudah dapat kerja yang baik-baik. Jadi, kita berpuas hati terhadap pencapaian program ini,” katanya ditemui selepas menyampaikan watikan pelantikan Felo SMJ 3.0 di Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Fairuz Renddan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan.
Program itu dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama MBS dan Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS).
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut melancarkan Pertubuhan Alumni Felo SMJ (PAFSMJ) yang ditubuhkan melalui kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah, IKEBS dan bekas peserta Felo SMJ.
Felo SMJ 1.0 dan 2.0 sebelum ini masing-masing memberi latihan kepada seramai 24 dan 25 peserta, manakala Felo SMJ 3.0 pada tahun ini disertai seramai 30 orang.
Bagi program pada kali ini, fokus tertumpu kepada kelompok belia graduan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sebagai usaha menyediakan pemimpin masa depan dan ‘talent pool’ kepada kepimpinan Sabah pada masa depan.
Peserta ditempatkan di 10 kementerian negeri selain 17 badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Daripada 30 orang peserta Felo SMJ 3.0 yang dipilih tahun ini, seramai 14 orang adalah lelaki, manakala 16 orang adalah perempuan.
Seramai 10 orang daripada mereka ditempatkan di pelbagai kementerian negeri dan 20 orang lagi di 17 GLC serta Badan Berkanun.
Peserta terpilih untuk Felo SMJ 3.0 ialah Mark Kevin Frederick yang ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri, Fairul Rafiq Nordin (Kementerian Pertanian dan Perikanan), Yathrive Harsa (Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Mohammad Harith Jaafar (Kementerian Kerja Raya), Nadira Nadia Simudah (Kementerian Kewangan) dan Roger Yapp Kah Chong (Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan).
Bakinya ialah Viannie G Jendili (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), Anasuha Hallhana Jilin (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Nor Aqila Side (Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat), Shahrul Azwan James @ Mohd Zulazmi (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).
Selebihnya ialah Dayangku Adriana dan Nicole Olivia Alvera Pagrios (Asian Supply Based), Mohammad Iddin Kassim (Desa), Mohammad Fiehzan (Institut Kerjasama Kerajaan & Rakyat), Sitti Aisyah Orlando (Jetama), Mohd Ashraf Busrah (KKIP Aerospace), Aliuddin Anwar (Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah), Nurul Izzati Janis (Qhazanah Sabah Berhad), Mohamad Fadlie Shafiq Osman (Sabah Port), Sonia Crystal Miji (Sabah Credit) dan Audrey Easter Adelaide dan Muhd Iqmal Hamsah (Sabah Energy).
Turut terpilih ialah Hainie Selin (Sabah Net), Priska Magdalena Sinem (Sabah Softwood), Nur Amirah Jais (Safma), Mohd Nur Hakim Jaidi (Smart Sabah), Ismail Kasim (Suria Capital), Kultum Demie dan Mohd Farhan Roslin (Tanjung Aru Eco-Development) dan Mohd Hilman Syah Ahmad (Yayasan Sabah).
Turut hadir di majlis itu ialah jemaah kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Fairuz Renddan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.






