Peserta Malaysia Tarik Diri Program Pencarian Bakat K-Pop?

Entertainment
7 Dec 2023 • 5:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila salah seorang peserta wakil dari Malaysia yang menyertai program realiti televisyen terkenal, Universe Ticket terbitan SBS didakwa tarik diri di episod keempat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Alyssa Source di laman X, gadis yang berusia 18 tahun itu dikatakan terselamat daripada penyingkiran namun, terpaksa tarik diri atas alasan tersendiri yang tak dapat dielakkan.

Peserta Malaysia tarik diri

Keputusan tersebut ternyata memberi kesan kepada peminat Alyysa yang tidak pernah jemu memberi sokongan sepanjang menyertai pertandingan tersebut malah, ramai yang mengatakan sudah tidak berminat untuk menonton rancangan realiti itu lagi.

Bukan itu sahaja, akaun peminat @Alyssa Source itu turut menegur pihak terbitan SBS menerusi surat terbuka yang didakwa tidak berlaku adil terhadap segelintir peserta.

image is not available

Dalam surat tersebut, @Alyssa Source mendakwa pihak SBS tidak memaparkan gambar atau klip yang berkaitan dengan Alyssa dan hanya rakaman terpilih ketika gadis itu menghadap kebelakang, tersorok dan tidak hadir.

Pada 2 Mac lalu, SBS mengumumkan program uji bakat ‘girl group’ pertama mereka, Universe Ticket, sebagai susulan program uji bakat sebelum ini seperti K-pop Star dan LOUD, yang melahirkan kumpulan lelaki TNX.

Dengan program pembangunan bakat yang unik, Universe Ticket menjemput gadis-gadis muda dari seluruh dunia yang mengimpikan untuk menjadi sebahagian anggota kumpulan K-pop.

Sumber: X @Alyysa Source