Peserta perhimpunan aman Bangkit Sabahan mula pasang kain rentang

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kumpulan perhimpunan memasang kain rentang di atas lori di Anjung Selera, Likas, Kota Kinabalu.

image is not available
Sekumpulan individu dipercayai peserta perhimpunan aman Bangkit Sabahan di Anjung Selera, Likas, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Sekumpulan peserta perhimpunan aman Bangkit Sabahan dilihat telah berada di pekarangan Anjung Selera, Likas, sejak jam 11 pagi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kumpulan tersebut mula dilihat memasang kain rentang di atas lori di kawasan tersebut.

Setakat ini, dipercayai peserta tersebut hadir bagi menyertai perhimpunan yang dijadualkan berlangsung jam 2 petang.

Dijangka hampir 30,000 peserta dijangka menyertai perhimpunan aman Bangkit Sabahan yang dirancang diadakan di Anjung Selera.

Himpunan itu melibatkan lebih 100 persatuan di seluruh negeri di mana mereka akan berpakaian berwarna hitam dengan lilitan pada lengan berwarna merah atau lilitan di kepala.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved