Peserta SBK 2.0 maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pembahagi jalan

LocalCars
11 Jul 2026 • 9:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peserta SBK 2.0 maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pembahagi jalan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Jambatan Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada petang Sabtu.

​KUALA TERENGGANU – Peserta program Superbike Fighter (SBK) 2.0 maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia yang ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi tengah jalan di Jalan Jambatan Kuala Ibai, di sini pada Sabtu.

​Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa wanita berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Gong Badak menghala ke sebuah rumah inap di Dungun.

​"Apabila tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berselekoh, motosikal jenis Aprilia ditunggangi mangsa dipercayai telah hilang kawalan.

​"Insiden itu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar pembahagi tengah jalan lalu mengakibatkan mangsa terjatuh di atas jalan raya," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

​"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved