“Pesta Air Cadangan Paling Bod*h” – Akmal Gesa PM Batalkan Rain Rave Music Festival, Gugurkan Menteri Pelancongan

LocalPolitics
30 Apr 2026 • 2:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Pesta Air Cadangan Paling Bod*h” – Akmal Gesa PM Batalkan Rain Rave Music Festival, Gugurkan Menteri Pelancongan

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan penganjuran pesta air, Rain Rave Water Music Festival yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Akmal menerusi satu hantaran di Facebook berkata, penganjuran pesta air yang akan berlangsung selama tiga hari dari 30 April hingga 2 Mei di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu adalah “cadangan yang paling bodoh pernah diberikan” di saat kerajaan sedang berusaha melakukan penjimatan.

Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mencadangkan Anwar untuk menggugurkan Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing daripada kabinet.

“Mohon YAB Perdana Menteri batalkan lah pesta air (Rain Rave Water Music Festival) ini.

“Pesta air ini adalah cadangan yang paling bod*h pernah diberikan. Buang sahaja lah menteri pelancongan ni wahai YAB PMX,” kata Akmal.

“Majlis rumah terbuka boleh batal tapi kenapa tidak acara pesta air?”

Malah Akmal mempersoalkan keputusan kerajaan meneruskan acara tersebut walhal kerajaan sebelum ini telah membuat keputusan membatalkan semua majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat kementerian atas alasan dasar penjimatan.

Dia turut bertanya adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini.

“PM membatalkan semua rumah terbuka anjuran kementerian sebelum ini atas alasan dasar penjimatan, kami boleh terima walaupun tujuan rumah terbuka itu boleh menjamu rakyat makan dan memberi rezeki pada vendor-vendor makanan yang lain. Tetapi persoalan saya kepada YAB Anwar Ibrahim kenapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali? Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini? Adakah pesta air ini tidak membazirkan air?”

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh

Akmal dalam masa sama turut meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan dan Mufti Wilayah Persekutuan, SS Ahmad Fauwaz Fadzil untuk menyatakan pendirian mereka tentang isu ini.

“Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk menambah kapasiti air, tetapi Kementerian Pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air.”

Konsert berbentuk maksiat wajib dihentikan

Pun begitu laman Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada mengeluarkan artikel mencadangkan pihak penganjur pesta air agar menilai semula konsep dan pelaksanaan festival supaya selari dengan nilai agama, budaya serta undang-undang tempatan. 

“Penganjur juga digalakkan untuk menyelitkan elemen hiburan yang lebih sihat dan bermanfaat seperti persembahan yang berunsurkan nilai murni, kesedaran sosial dan pendidikan. Di samping itu, aspek kelestarian perlu diberi perhatian dengan mengelakkan pembaziran sumber seperti air serta memastikan program memberi impak positif kepada masyarakat setempat.”

Malah ia turut mencadangkan para peserta khususnya umat Islam untuk mengambil pendirian yang tegas dengan tidak menghadiri program hiburan yang jelas mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum syarak. 

Kehadiran ke festival yang cenderung kepada pergaulan bebas, pendedahan aurat dan suasana melalaikan bukan sahaja membuka ruang kepada maksiat, malah boleh menjejaskan keimanan serta maruah diri. Oleh itu, langkah terbaik adalah dengan menjauhkan diri dan memboikot penganjuran acara sedemikian sebagai tanda tidak meredai kemungkaran.

Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Masjid & surau di Wilayah Persekutuan turut bantah

Sebelum ini, pengendali Masjid Asy Syakirin KLCC di Facebook mendakwa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan juga tidak bersetuju dengan penganjuran festival muzik dan air itu.

Menurut masjid berkenaan, penganjuran konsert seperti ini dilihat membawa lebih banyak kemudaratan seperti pergaulan bebas yang tidak terkawal, menyuburkan maksiat di kawasan terbuka dan budaya hedonisme serta hiburan melampau yang jauh daripada nilai ketimuran dan agama.

“Malaysia sebagai Negara MADANI harus terus menekankan nilai-nilai murni demi mengekalkan keharmonian hidup masyarakat kita.”

“Tak suka jangan pergi”

Terdahulu Tiong membidas pihak yang mepersolkan penganjuran pesta air tersebut.

Malah dia mempertahankan penganjuran pesta air berkenaan dan menyifatkan ia adalah cara terbuka bersifat sukarela. Malah dia berpendapat adalah tidak wajar iadijadikan polemik atau dipaksakan ke atas pihak lain.

Jelasnya lagi, Rain Rave Water Music Festival merupakan projek pelancongan bandar yang dirancang secara teliti. Ia juga dilaksanakan di bawah pemantauan rapi, bukannya seperti dakwaan sesetengah pihak yang cuba menggambarkannya sebagai acara “tidak terkawal” atau “tidak teratur”, lapor MalaysiaKini.