Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

LocalFootball
15 Jul 2026 • 10:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sorakan pecah sebaik wisel penamat dibunyikan. Sepanyol menang 2-1 dan impian mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026 akhirnya menjadi kenyataan.

Penyokong yang memenuhi Bulatan Sultan Azlan Shah, Perak turut berkongsi detik penuh debaran menerusi Pesta Bola Ultra anjuran U Mobile. Setiap percubaan, setiap gol dan setiap saat mendebarkan disambut dengan sorakan yang menjadikan suasana seolah-olah berada di stadium sebenar.

Berlangsung dari jam 6 petang hingga 5 pagi, acara ini bukan sekadar tayangan langsung perlawanan. Pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti interaktif, persembahan hiburan serta pengalaman digital yang dikuasakan rangkaian ULTRA5G U Mobile.

Selepas Flag-Off Di Bangsar, Jelajah Pesta Bola Ultra Tiba Di Perak

View this post on Instagram

A post shared by Oh! Media (@ohmedia)

Sebelum menggegarkan Perak, Jelajah Pesta Bola Ultra U Mobile telah pun menemui peminat bola sepak di Bangsar semasa pelepasan (flag-off) pada 3 Julai menerusi trak jelajah khas yang membawa kemeriahan bola sepak kepada orang ramai.

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Sepanjang jelajah, pengunjung dapat mencuba aktivasi bertemakan bola sepak sambil merasai sendiri kemeriahan yang bakal menanti di Pesta Bola Ultra. Ia menjadi pembuka tirai sebelum acara kemuncak yang menghimpunkan peminat bola dari pelbagai lapisan umur di Perak.

Sorakan Peminat Bergema Dengan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Acara paling dinanti semasa Pesta Bola Ultra sudah tentu siaran langsung aksi Belgium menentang Sepanyol.

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Setiap percubaan, setiap gol dan setiap detik cemas disambut dengan sorakan penyokong yang memenuhi lokasi. Bila Sepanyol menang 2-1 dan mengesahkan tempat ke separuh akhir, suasana terus bertukar gamat dengan sorakan daripada para peminat.

Bukan Tengok Bola Je, Alpha, Sharul Kamal & Zeem Ahmad Gamatkan Pesta Bola Ultra

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir
Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Siapa kata Pesta Bola Ultra untuk tengok match bola je? Dari petang ke pagi, Bulatan Sultan Azlan Shah tak putus-putus aktiviti dan turut dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan yang sedang meningkat naik Alpha dan pemain bola gaya bebas, Zeem Ahmad.

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Turut memeriahkan suasana malam itu ialah Budak Hitam, Ghost, Sharul Kamal, DJ Aria serta penyampai radio Haziq, Prem dan Radio Cruisers, menjadikan suasana sentiasa hidup walaupun ketika rehat perlawanan.

Uji Skil Dengan Pelbagai Cabaran & Aktivasi

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Paling best jelalah di Perak ni, pengunjung semua memang sporting habis dan turut mencabar diri menerusi aktiviti seperti Ultra Penalty Shootout, Ultra Kick Challenge, sudut PlayStation dan kuiz bola sepak. Dalam dan luar khemah penuh dengan aktiviti.

Ada yang datang untuk macth, ada juga yang sekadar nak have fun bersama keluarga dan rakan-rakan. Apa pun tujuannya, memang semua enjoylah!

Makan, Bergambar & Cipta Memori Dengan Cara U

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Penat join aktiviti, mestilah lapar dan nak cas balik tenaga before nak tengok match penting, Sepanyol lawan Belgium kan? Nasib baik ada gerai makan yang beroperasi sepanjang malam.

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Satu lagi aktivasi yang kami lihat tak putus-putus orang ialah peluang bergambar di AI Robot Photobooth dan juga di replika trofi Piala Dunia. sebagai kenangan sertai Pesta Bola Ultra.

Lebih Daripada Sekadar Tonton Bola

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Pesta Bola Ultra membuktikan bola sepak bukan sekadar 90 minit di atas padang, tetapi tentang sorakan yang dikongsi, kenangan yang tercipta dan komuniti yang disatukan.

Image from: Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir

Daripada permainan interaktif, persembahan artis hinggalah sorakan ketika Sepanyol mengesahkan kemenangan, U Mobile berjaya menghadiahkan pengalaman bola sepak yang terasa seperti berada di stadium sebenar.

The post Pesta Bola Ultra U Mobile Gegarkan Perak, Peminat Bola Sepak Raikan Kemaraan Sepanyol Ke Separuh Akhir appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved