
SANDAKAN: Pesta Damas kembali lagi dan bakal diadakan pada September.
Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Datuk Juhari Janan berkata, pelbagai acara juga bakal diadakan sempena program tahunan di Sukau itu.
“Penganjuran Pesta Damas ini juga antara lain bertujuan memartabat budaya Bangsa Sungai dan memperkenalnya kepada mata dunia,” ujarnya.
