
Pesta Gaming Ramadan: PUBG MOBILE Satukan 286 Pasukan Malaysia
PUBG MOBILE telah mencetuskan fenomena dalam dunia gaming Malaysia! Kempen Squad Showdown Ramadan baru-baru ini menamatkan jelajahnya di seluruh negara, meninggalkan pengalaman penuh aksi mendebarkan serta momen komuniti yang mengusik jiwa. Mengumpulkan ratusan pasukan terbaik negara, acara ini merupakan perayaan kecemerlangan e-sukan serta semangat Ramadan yang tiada tandingan.

Semangat dan tenaga para peserta sangat terasa apabila 286 pasukan bersaing sengit. Perjalanan dimulakan dengan pusingan kelayakan dalam talian dari 13 hingga 15 Februari 2026, sebelum meneruskan jelajah offline yang epik dari 20 Februari hingga 7 Mac 2026.
Menyelusuri lapan bandar utama dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru hingga ke Kota Kinabalu dan Miri, kejohanan ini turut memberikan tumpuan khas di Timur Malaysia, sejajar dengan sambutan hangat dan semangat yang luar biasa daripada peminat di Sabah dan Sarawak. Ini membuktikan sekali lagi bahawa komuniti PUBG MOBILE di Malaysia lebih bersemangat dan bersatu berbanding sebelum ini!
“Kami amat teruja dan gembira dengan sambutan luar biasa serta semangat yang dibawa oleh semua pasukan di Squad Showdown. Melihat pasukan-pasukan bersatu, bukan sekadar untuk bertanding tetapi juga meraikan semangat Ramadan, benar-benar memberi kepuasan kepada kami sebagai sebahagian daripada komuniti ini."

"Kempen ini lebih daripada sekadar kejohanan, ia adalah tentang membina hubungan sambil memberi sumbangan kembali kepada komuniti. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menjayakan acara ini, serta kepada rakan penaja kami, ARC Helmets, atas sokongan mereka yang padu dan menjadikan acara ini lebih hebat lagi,” kata Ashley Phuah, Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia.
Selain perlawanan sengit, pusingan kelayakan offline mencipta suasana meriah dan mesra untuk peserta serta peminat. PUBG MOBILE menyediakan makanan dan minuman percuma di semua lapan lokasi, sementara pemberian barangan eksklusif seperti tote bag, lanyard, dan keychain menambahkan lagi keseronokan.

Peserta juga berpeluang memenangi helmet ARC yang menjadi rebutan melalui cabutan bertuah, dengan lapan helmet diberikan di setiap lokasi, menjadikan jumlah keseluruhan 56 helmet sepanjang jelajah.
Meraikan semangat Ramadan, acara ini turut mengadakan kempen derma yang berjaya mengumpul lebih RM5,000 sepanjang pusingan kelayakan offline, yang kemudian disalurkan kepada masjid-masjid berhampiran di setiap lokasi.
Menambahkan lagi kemeriahan, beberapa KOL gaming terkenal turut hadir, termasuk Wanpro di Kota Kinabalu dan Chillrex di Kuching, yang berinteraksi dengan peminat serta memeriahkan suasana.

Kini, pertandingan bergerak ke peringkat akhir dengan online finals yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mac 2026, di mana pasukan teratas akan bertarung untuk meraih gelaran tertinggi. Peminat boleh mengikuti semua aksi secara langsung di saluran rasmi PUBG MOBILE Malaysia:
PUBG MOBILE Malaysia Page |
Facebook: PUBG MOBILE Malaysia |
Instagram: @pubgmobilemyofficial |
TikTok: @pubgmofficialmy |
Youtube: PUBG MOBILE Malaysia |
PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia Page |
Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia |
Instagram: @pubgmobile.esports.my |
TikTok: @pubgmobile.esports.my |
Melalui Squad Showdown, PUBG MOBILE terus mempamerkan semangat komuniti gaming Malaysia. Kempen Ramadan ini bukan sahaja menonjolkan daya saing permainan, malah turut menekankan komitmen PUBG MOBILE dalam membina hubungan, meraikan komuniti tempatan, serta memberi sumbangan sempena bulan yang mulia.
