
IPOH: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) buat julung kalinya mengadakan Sambutan Pesta Kaamatan di Perak, Sabtu lalu.
Majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada penduduk berketurunan Sabah dan warga Perak itu dirasmikan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri, Datuk Toisin Gantor.
Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan merupakan pesta tradisi turun-temurun suku kaum Kadazan-Dusun Murut Rungus (KDMR) di Sabah bagi menghormati ‘Bambaazon’ iaitu semangat padi.
Penasihat KDCA Perak, Jesseca Daimis berkata tujuan sambutan itu adalah bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk berbilang kaum, khususnya kaum KDMR yang kini menetap, bekerja atau belajar di negeri ini.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Dalam masa yang sama, Sambutan Pesta Kaamatan turut memperkenalkan budaya KDMR kepada kaum lain yang ada di Perak ini.
“Harapan KDCA Perak agar kami dapat bergerak lebih aktif lagi dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti dalam skala yang besar dan menghimpunkan lebih ramai KDMR di negeri Perak,” katanya kepada Bernama.
Pesta yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai Padi itu merupakan pesta paling popular dalam kalangan penduduk Sabah yang disambut secara besar-besaran pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. KDCA ialah persatuan yang bertanggungjawab menjalankan Sambutan Pesta Kaamatan di setiap daerah di negeri Sabah, namun kini KDCA telah ditubuhkan di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Perak. Turut diadakan Pertandingan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau, yang disertai enam calon wanita suku kaum itu. Juara Unduk Ngadau Perak akan bersaing dengan wakil daerah atau negeri lain pada acara kemuncak di Penampang, Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

