
TONGOD: Sudah tiba masanya sambutan Pesta Kaamatan diberi nafas baharu dengan ikrar untuk meningkatkan hasil tanaman padi secara bersepadu di Sabah.
Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah (gambar) berkata, kerajaan perlu merangka garis panduan bagi menjenamakan semula industri padi setiap kali sambutan Pesta Kaamatan.
“Jika tiada langkah bersepadu, sampai bilapun kita hanya berbangga menyambut Kaamatan sekadar pesta tahunan untuk melengkapkan kalendar pelancongan. “Walaupun Kaamatan adalah asas kepada upacara hasil tuaian padi, tetapi ternyata Sabah masih bergantung dengan bekalan beras import, “ katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Zon Tongod di Mini Dewan Kampung Talibu, Isnin lalu.
SPONSORED CONTENT The Fives showcases great placemaking Residents of AIRA Residence can do their shopping at The Fives, just located downhill about five minutes away. A convenience store – the Qra is located there besides other eatery outlets. Read more Masiung menambah, di sebalik mengetengahkan kepelbagaian tradisi dan budaya Sabah, kerajaan perlu melihat apa sudah jadi dengan industri penanaman padi yang menjadi teras utama Pesta Kaamatan. Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, Pesta Kaamatan kini sudah dimodenkan di mana upacara kesyukuran ritual semangat padi sekadar berlegar di atas pentas dan jarang sekali dijadikan asas di jelapang padi. Beliau mahukan masyarakat Sabah kembali ke zaman lampau bergotong-royong menanam dan menuai padi kerana usaha itu dapat menjana ekonomi sekaligus dapat membentuk semangat perpaduan kalangan penduduk. “Pada masa kini Sabah hanya mencapai pengeluaran 25 peratus tahap sara diri pengeluaran padi hasil daripada tanaman penduduk secara bermusim. “Harus diingat Wilayah Sabah bergantung sepenuhnya kepada beras import dari Thailand, Vietnam dan Kemboja.
“Apa akan jadi kepada rakyat Sabah jika tiba-tiba negara berkenaan menghentikan bekalan beras kerana faktor fenomena global? “ soal beliau.
Masiung berkata, dalam keseronokan menyambut Kaamatan, kerajaan wajar memikirkan supaya perayaan itu diberi nafas baharu ke arah mewujudkan industri berasaskan padi.
Penolong Pegawai Daerah Tongod, Cleophas John Gordon dan Pegawai Pemimpin Masyarakat, Tokyo @ Hashim Omar adalah antara kira-kira 300 penduduk hadir memeriahkan sambutan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
