Pesta Makanan Borneo (ASEAN) Bakal Diadakan Pada 29 Jun-14 Julai Di MJC Batu Kawah

19 Apr 2024 • 12:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pesta Makanan Borneo (ASEAN) 2024 memperkenalkan perjalanan gastronomi melalui masakan ASEAN

Pesta Makanan Borneo (ASEAN) Bakal Diadakan Pada 29 Jun-14 Julai Di MJC Batu Kawah. Pesta Makanan Borneo (ASEAN) 2024 akan meraikan budaya dan tradisi masakan Borneo sepanjang dua minggu, dari 29 Jun hingga 14 Julai.

Anjuran Firmament Event Studio, acara ini akan diadakan di MJC Batu Kawah New Township dan akan memukau pengunjung dengan pelbagai pengalaman unik dan menarik.

Untuk makluman, Pesta Makanan Borneo adalah meraikan warisan makanan dan kepelbagaian Borneo, mempamerkan yang terbaik daripada budaya dan tradisi masakan Borneo.

image is not available
Pesta Makanan Borneo (ASEAN) Bakal Diadakan Pada 29 Jun-14 Julai Di MJC Batu Kawah. Sumber: dayakdaily

Acara ini mencorakkan identiti gastronomi Borneo

Acara dinanti-nantikan ini bertindak sebagai platform untuk menyatukan pencinta makanan dan mempamerkan citarasa unik yang mencorakkan identiti gastronomi Borneo.

Menariknya, edisi 2024 akan mempamerkan masakan ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Setiap masakan akan membawa tradisi masakan tersendiri, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk meneroka kepelbagaian citarasa serantau.

Antara acara lain dengan pertunjukan yang menarik

Pesta ini menjanjikan pengalaman budaya dinamik dan imersif untuk semua, dengan pertunjukan menarik termasuk acara kosplay, pertandingan tarian, artis dan persembahan band langsung (live band), serta kehadiran peniaga tempatan.

Peniaga tempatan yang berminat untuk mengambil bahagian dialukan untuk merebut peluang ini bagi mempamerkan tawaran mereka dan berinteraksi dengan pelbagai pengunjung.

Untuk pertanyaan dan maklumat sewaan gerai, hubungi 011-70179951 atau 011-69599511.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan food festival:

View Original Article