Pesta Seni Tradition In Tune 2024 gabung budaya tradisi, teknologi moden

LocalEntertainment
20 Sep 2024 • 2:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

PESTA Seni Tradition In Tune 2024 mempamerkan gabungan unik warisan budaya Sabah yang kaya dengan inovasi seni moden.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata festival anjuran Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) itu mencerminkan identiti negara yang menghargai perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.

Beliau juga memuji penganjuran festival itu kerana ia mampu menarik penglibatan generasi muda.

“Program ini cukup baik kerana bukan saja ia menonjolkan pameran berkaitan seni budaya tetapi terdapat juga program berkaitan teknologi seperti pertandingan e-sukan dan pameran seni realiti maya (VR).

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Jadi ia membuka peluang untuk anak-anak muda khususnya di sekitar Kota Kinabalu dan sekitar untuk menikmati gabungan budaya dan teknologi terkini,” katanya merasmikan pembukaan acara itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Turut hadir, Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Josie Lai.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi PPASM Jawed Khan berkata Pesta Seni Tradition In Tune 2024 bertujuan untuk memelihara, mempromosikan dan membangunkan warisan seni budaya negara ini.

“Festival ini adalah bukti kekuatan warisan kita dan kreativiti tanpa batas yang menggerakkan kita ke hadapan.

“Acara tahun ini menekankan komitmen terhadap pemeliharaan budaya, dengan bengkel interaktif dan persembahan yang direka untuk mewariskan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai tradisional kepada generasi akan datang.

“Gabungan lama dan baharu dalam festival ini memastikan tradisi Malaysia bukan sahaja bertahan tetapi berkembang maju dalam landskap global yang sentiasa berubah.

“Dengan mengekalkan tradisi kita ‘selaras’ dengan generasi muda, kita memastikan ia bukan sahaja diingati tetapi diraikan secara aktif,” katanya ketika berucap pada perasmian festival itu.

Jawed berkata dalam lima tahun akan datang PPASM mensasarkan untuk mengalu-alukan delegasi dari 60 negara bagi menyertai festival itu.

“Tahun ini, pada awalnya kami dijadualkan menerima 125 delegasi dari 11 negara. Malangnya, disebabkan oleh kekangan kewangan, kami terpaksa membuat keputusan sukar untuk membatalkan penyertaan mereka.

“Namun, saya optimis tahun hadapan, kami akan menyasarkan untuk menyambut delegasi dari 18 hingga 22 negara, terutamanya jika mendapat sokongan daripada kerajaan.

“Saya yakin kami akan berjaya menjadikan festival ini sebagai hab budaya antarabangsa.

“Matlamat jangka panjang kami adalah untuk mencapai 60 negara dalam tempoh lima tahun akan datang, mengubah festival ini menjadi platform global untuk pertukaran budaya dan pembangunan,” katanya.

Festival tiga hari itu, yang melabuhkan tirainya pada Rabu, menampilkan acara seperti teater muzikal, pameran seni, aktiviti kraftangan dan seni realiti maya (VR), persembahan artis tempatan dan Pertandingan Kebudayaan dan Tradisi Kebangsaan 2024.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.