Tahun Baharu Cina kali ini merayakan Tahun Arnab yang membawa maksud kemakmuran. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Untuk sekian kalinya, Pesta Tanglung dan Pameran Bunga-Bungaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina sedang berlangsung di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom, Kuala Langat dari 19 Januari hingga 5 Februari ini.
Seperti tahun-tahun lalu, Tahun Arnab kali ini terus membawakan kelainan kepada pengunjung-pengunjungnya dan kegembiraan terutama buat kanak-kanak.
Jurufoto Abdul Razak Latif berpeluang merakam pengalaman cukup berbeza ini ketika meninjau sekitar pameran di kawasan kuil seluas 6.47 hektar itu.
Kanak-kanak adalah insan yang paling gembira menyaksikan pameran di sini.
Selain arnab dan tanglung, bunga kiambang turut menarik perhatian pengunjung.
Pameran yang cukup berwarna warni ini memang dinanti-nantikan setiap tahun.
Selain Tarian Naga, Tarian Singa turut dipersembahkan sepanjang pameran ini.
Susunan ratusan tanglung merah yang cukup menyerlah menjadi tumpuan pengunjung untuk merakam kenangan.
Jika anda berpeluang, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan Tarian Naga.
Kecil, besar, tua, muda tidak mungkin akan melepaskan peluang mengabadi kenangan di pameran berwarna-warni ini.