Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa pertandingan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika kalendar perlawanan antarabangsa FIFA yang akan datang iaitu di antara 2 hingga 10 September 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


