Petah Sampaikan Khutbah, Murid PASTI Terima Pujian Ramai – “Terang Hati Mu, Wahai Anak”

LocalFamily & Parenting
30 Jan 2026 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sedang berlatih menyampaikan khutbah mencuri perhatian warganet apabila kanak-kanak itu dilihat begitu petah dan jelas dalam penyampaiannya.

Petah baca khutbah

image is not available

Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu di media sosial yang meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan murid berkenaan dalam menghafal dan menyampaikan teks khutbah tanpa melihat sebarang rujukan sepanjang tempoh kira-kira 10 minit.

Menurut individu tersebut, latihan khutbah merupakan antara kaedah yang digunakan oleh guru-guru PASTI dalam menggilap bakat dan membentuk keyakinan murid sejak usia muda. Setiap peserta diwajibkan menghafal teks khutbah sepenuhnya, termasuk ayat-ayat al-Quran, selain memastikan rukun khutbah dipenuhi dengan sempurna.

“Peserta mesti hafal khutbah untuk tempoh 10 minit tanpa melihat teks. Rukun khutbah mesti lengkap dan intonasi juga perlu dijaga. Dalam khutbah, gaya penyampaian tidak perlu seperti pidato,” tulisnya.

Tambahnya, apa yang paling mengagumkan ialah keupayaan murid tersebut menghafal keseluruhan teks khutbah tanpa tertinggal walau satu patah perkataan, sekali gus menunjukkan tahap disiplin dan latihan yang rapi.

Dalam masa sama, individu itu turut memuji peranan guru-guru PASTI yang dilihat komited membimbing serta melatih murid dengan penuh dedikasi.

image is not available

“Saya sangat kagum. Hebat ciptaan Allah dan hebat juga cikgu-cikgu yang melatih anak-anak ini. Terima kasih cikgu,” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang memuji usaha institusi pendidikan Islam awal kanak-kanak dalam melahirkan generasi berilmu dan berkeyakinan tinggi.

Malah ada juga yang memuji murid terbabit yang menyifatkannya sebagai seorang yang terang hati kerana petah berbicara dan melantunkan ayat suci Al-Quran.

Kagum dengan anak-anak PASTI

image is not available

Didikan yang hebat

image is not available

Terang hati mu anak

image is not available

Artikel lain: Murid PASTI Meninggal Dunia, Ramai Sebak Rakan2 Ziarah Berdiri Keliling Jenazah

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 24,000 tanda suka dan 493 komen di platform Threads.

Sumber: Threads sabri__mamat

The post Petah Sampaikan Khutbah, Murid PASTI Terima Pujian Ramai – “Terang Hati Mu, Wahai Anak” appeared first on Borak Daily.