Petakopi.my, Website Khas Buat Coffee Lover ‘Hunting’ Kedai Kopi Tersembunyi Dengan Hujung Jari

15 Jul 2023 • 11:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah tak pening ‘hunting’ kedai kopi yang best!

Petakopi.my, Website Khas Buat Coffee Lover ‘Hunting’ Kedai Kopi Tersembunyi Dengan Hujung Jari. Petakopi.my adalah sebuah platform yang membolehkan anda meneroka dan berkongsi tempat-tempat baru yang menyajikan kopi yang diseduh segar di sekitar anda.

Dibina oleh komuniti untuk semua orang, Petakopi.my memudahkan pencarian kedai kopi tersembunyi yang mungkin belum anda ketahui.

image is not available
Petakopi.my, Website Khas Buat Coffee Lover ‘Hunting’ Kedai Kopi Tersembunyi Dengan Hujung Jari. Kredit: Petakopi.my

Laman web ini mempunyai peta interaktif yang memaparkan kedai-kedai kopi di seluruh Malaysia, termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, dan WP Putrajaya.

Semuanya hanya dengan hujung jari!

Anda boleh memilih negeri yang anda ingin teroka dan mendapatkan senarai kedai kopi di kawasan tersebut.

Petakopi.my juga ada ciri-ciri tambahan yang best. Laman we ini boleh ‘highlight’ kedai-kopi yang ada sijil halal, kedai yang dimiliki oleh orang Islam, atau yang mesra Muslim. Jadi, kita boleh buat pilihan yang tepat dan selaras dengan keperluan kita.

image is not available
Borneo Coffee Cafe

Jika anda adalah pemilik kedai kopi, anda juga boleh register kedai kopi anda untuk disenaraikan di laman web ini. Anda hanya perlu mendaftar dan log masuk untuk memulakan proses ini.

Coffee lover wajib try website ni!

Petakopi.my bukan sahaja sebuah laman web, tetapi juga sebuah komuniti. Mereka aktif di media sosial seperti Instagram dan TikTok, di mana mereka berkongsi gambar dan video tentang kopi dan kedai-kopi yang mereka lawati.

image is not available
Garden Cafe

Jadi, jika anda adalah seorang peminat kopi yang sedang ‘memburu’ kedai kopi baru untuk dicuba, Petakopi.my adalah laman web yang sempurna untuk anda.

Hanya dengan hujung jari, anda boleh meneroka pelbagai kedai kopi di seluruh Malaysia dan menemui kopi yang sempurna untuk anda. Selamat menikmati kopi!

Baca lagi artikel menarik: