Petaling dan Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

LocalEnvironment
19 Jun 2026 • 3:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Petaling dan Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 19 JUN: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur, Purtajaya dan seluruh Perlis, Pulau Pinang serta Perak.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved